Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyasarkan 10,000 penyertaan dalam program ‘Pagi Bebas Kenderaan Kuala Lumpur’ yang akan berlangsung buat kali kelima, 4 Mei ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata program tersebut bertujuan mengukuhkan perpaduan rakyat, melaksanakan gaya hidup sihat, mengeratkan kemesraan keluarga dan memelihara alam sekitar.

“Bermula dari pelaksanaan pertama program tersebut, terdapat peningkatan jumlah penyertaan iaitu pada Januari sebanyak 2,000 orang, Februari (2,500), Mac (5,000) dan April (7,000).

“Peserta yang hadir terdiri dari warga kota pelbagai latar belakang, pencinta alam dan pelancong yang antaranya berjalan kaki, berlari, papan luncur, kasut beroda serta berbasikal,” katanya dalam sidang akhbar berkaitan program tersebut di sini, hari ini.

Dianjurkan DBKL dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, program tersebut akan bermula 7 pagi hingga 9 pagi, di sekitar ibu kota dengan beberapa jalan iaitu Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Dang Wangi serta Jalan P.Ramlee akan ditutup sementara.

Lokasi permulaan dan tamat acara akan diadakan di pintu gerbang Bukit Bintang Kuala Lumpur City Centre (BBKLCC) di Jalan P.Ramlee. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment