Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

Bangkok – Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra bersedia “mengorbankan keluarganya” dengan menamatkan pembabitan mereka dalam politik supaya negara itu bebas daripada kemelut politik.

Pembantu rapat Thaksin berkata, bagaimanapun bekas polis yang bertukar menjadi bilionair itu mahu musuh politiknya mematuhi undang-undang negara.

Menurut Noppadon Pattama, Thaksin bertegas dia bukanlah punca kepada masalah dialami Thailand ketika ini. “Masalah timbul apabila ada pihak gagal mematuhi undang-undang dan enggan menghormati keputusan rakyat (melalui peti undi,” katanya.

Justeru, kata penasihat undang-undang dan jurucakap Thaksin itu, bekas perdana menteri terbabit bersedia berkorban demi negara dan meminta ahli keluarganya meninggalkan politik.

“Namun ia tidak bermakna jika keputusan itu diambil ketika Suthep (pemimpin Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat – PDRC, Suthep Thaugsuban) dan kumpulannya terus mengganggu pilihan raya,” katanya. Sementara itu PDRC menolak tawaran Thaksin itu. Seorang daripada pemimpin gerakan itu, Thaworn Senneam berkata, matlamat mereka ialah memastikan Thaksin dipenjara atas kesalahan yang dilakukannya sebelum ini.

“Kami tidak peduli siapa yang mahu keluar daripada politik atau tidak,” katanya. Tawaran Thaksin adalah ulangan kepada kenyataan pernah dibuatnya sebelum ini di luar negara.

Ia timbul ketika kerajaan pimpinan adik Thaksin, Yingluck, berdepan tekanan semakin meningkat daripada pembangkang. – Agensi

0 comments:

Post a Comment