Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

BUTTERWORTH – Sebanyak 163 pemandu bas ekspres di Pulau Pinang menjalani ujian saringan air kencing dalam operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sejak Khamis lepas hingga semalam.

Pengarah AADK negeri, Siti Rohani Ahmad berkata, daripada jumlah itu, tiada pemandu bas ekspres positif dadah.

“Sejak 24 April lepas, AADK dengan kerjasama Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menempatkan anggota di dua terminal bas di negeri ini iaitu Terminal Bas Penang Sentral, di sini dan Terminal Bas Sungai Nibong di bahagian pulau bagi menjalankan ujian saringan air kencing sebelum pemandu bas ekspres termasuk pemandu kedua, memulakan tugas mereka.

“Sehingga semalam kami telah jalankan 256 ujian air kencing ke atas 163 pemandu bas ekspres dan setakat ini belum ada pemandu atau pemandu kedua yang didapati positif dadah,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Bas Ekspres di Terminal Penang Sentral, di sini hari ini.

Operasi itu diadakan dengan kerjasama JPJ Pulau Pinang dan turut hadir Pengarah JPJ Pulau Pinang Datuk Hassan Yaccob.

Pada 22 April lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata semua pemandu bas ekspres diwajibkan menjalani ujian saringan air kencing oleh pegawai penguat kuasa JPJ dan AADK setiap hari, di terminal bas di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.

Langkah drastik itu merupakan antara beberapa tindakan Kementerian Pengangkutan dalam usaha mengelakkan kemalangan melibatkan bas ekspres dan persiaran berulang.
Sementara itu, Hassan berkata sepanjang tempoh sama pihaknya memeriksa 141 bas ekspres dan sebanyak 29 kes membabitkan pelbagai kesalahan direkodkan.

Beliau berkata pemeriksaan di dua terminal berkenaan mendapati 10 kes melibatkan bas ekspres yang tiada pemandu kedua dan 17 kes berkaitan masalah teknikal seperti tayar bas tidak memenuhi spesifikasi serta tidak mempunyai alat pemadam api.

“Dua kes lagi kami kesan ketika membuat pemeriksaan ke atas bas ekspres di kawasan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Juru dan hasil pemeriksaan ke atas 40 bas mendapati dua bas tidak mempunyai pemandu kedua,” katanya.

Beliau berkata pihaknya turut menjalankan operasi penyamaran iaitu anggota penguatkuasa JPJ menyamar sebagai penumpang bas dan sebanyak 20 bas ekspres diperiksa dan tiada yang dikesan menyalahi undang-undang. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment