Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

MANILA – Pertempuran antara marin Filipina dan militan Abu Sayyaf yang melancarkan serangan mengejut bagi menawan semula satu kem latihan, menyebabkan 14 anggota kumpulan itu dan seorang askar marin terbunuh.

Pertempuran sengit membabitkan tembakan grenad dan mortar itu meletus lewat malam tadi di kawasan pergunungan bandar Patikul di wilayah Sulu dan bertukar kepada tembakan curi selepas tengah malam.

Menurut pegawai tentera, pasukan marin bantuan berjaya menggagalkan serangan oleh kira-kira 100 anggota Abu Sayyaf itu.

Jurucakap marin, Kapten Ryan Lacuesta, berkata sekurang-kurangnya 14 militan terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam pertempuran selama tiga jam itu.

Katanya, seorang anggota marin terbunuh manakala 19 lagi cedera, termasuk lapan parah.

“Mereka cuba mengalahkan anggota marin kami untuk menawan semula kem itu tetapi kami mempunyai pasukan bantuan berhampiran dan sokongan udara.

“Mereka beralih menggunakan mortar dan raifal grenad M203, menyebabkan kecederaan di pihak kami akibat terkena serpihan,” katantya.

Kem Abu Sayyaf yang tersorok di kawasan hutan itu mempunyai kira-kira 50 pondok dan boleh menampung kira-kira 100 orang. Ia digunakan untuk melatih anggota baharu dan sebagai kawasan melancarkan serangan serta penculikan.

Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala, berkata mereka menjangkakan kumpulan mlitan itu akan melancarkan serangan balas. – AP

0 comments:

Post a Comment