Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

Terdapat cubaan untuk memfitnah pengacara dan penerbit program kepolisan terkenal, Mazidul Akmal Sidik apabila sebuah akaun Facebook palsu menggunakan namanya digunakan untuk menaikkan kemarahan orang Sarawak.

Dalam status Facebook Mazidul Akmal Sidek tertulis:


‘Orang Serawak masih mengguna cawat dan tinggal di atas pokok di bahagian pembangkang. Alhamdulillah di tompok pimpinan BN hidup mereka berubah.’

Status ini menaikkan kemarahan rakyat Sarawak yang menyangka ia ditulis oleh Mazidul hingga ada yang meminta permohonan maaf dibuat dalam masa 24 jam.

Perkara ini bagaimanapun dinafikan oleh Mazidul menerusinya blognya, www.mazidulakmal.com.

Mazidul menerangkan, selain pemilik akaun palsu itu menggunakan bahasa yang tidak betul ia juga terang-terangan bukan tulisannya memandangkan akaun Facebook sebenarnya adalah Mazidul Akmal dan Mazidul Akmal Sidik.

- Rem Ramzi / SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment