Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

TONAWANDA, New York – Seorang juruterbang Amerika Syarikat (AS) percaya dia menemui serpihan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu selepas melakukan pencarian melibatkan ribuan imej satelit secara dalam talian, lapor akhbar Mail Online kelmarin.

Juruterbang berkenaan, Michael Hoebel yang berasal dari sini menghabiskan masa berjam-jam meneliti sejumlah gambar di laman web perkongsian imej satelit, TomNod.com.

Dia kemudian menemui beberapa imej yang dipercayai pesawat Boeing 777-200 itu dalam keadaan sempurna di dasar laut di barat wilayah Songkhla, luar perairan timur laut Malaysia di Thailand, beberapa hari selepas tragedi berlaku.

Hoebel, 60, memberitahu saluran berita AS, WIVB bahawa dia mengguna- kan skala pada peta TomNod.com dan membandingkannya dengan spesifikasi di laman web Boeing untuk mengesahkan bahawa imej putih tersebut sebuah Boeing 777-200.

“Saya terkejut kerana saya menemuinya (MH370),” katanya kepada WIVB.

Apabila ditanya oleh wartawan WIVB, Ed Drantch sama ada imej itu berkemungkinan seekor jerung, Hoebel berkata: “Hanya jika terdapat jerung sepanjang 64 meter.”

Laman web TomNod.com membenarkan orang awam melihat berjuta-juta gambar satelit dalam usaha untuk membantu mengesan pesawat hilang tersebut.

Menurutnya, dia telah menghubungi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) berhubung penemuan itu. – Agensi

0 comments:

Post a Comment