Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengadakan Kempen Tawaran Khas RM15 ke atas kompaun kesalahan meletak kereta bermula 1 hingga 31 Mei ini.

Pengarah Jabatan Korporat dan Kemasyarakatan MPK, Zaireezal Ahmad Zainudin berkata, kempen itu bertujuan membantu orang ramai menjelaskan kompaun mereka.

“Kempen Tawaran Khas RM15 ke ini dapat membantu pelanggan yang tidak berkesempatan menjelaskan kompaun mereka melangsaikannya mengikut tarikh yang ditetapkan.

“Tawaran ini bagaimanapun tidak termasuk kesalahan bagi halangan petak Orang Kelainan Upaya (OKU),” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Zaireezal menggesa orang ramai mengambil peluang kempen itu untuk menjelaskan kompaun-kompaun mereka sebelum tempoh tawaran tamat.

Jelas beliau, semakan kompaun boleh dibuat di Kaunter Dewan Hamzah MPK di Pejabat Cawangan Tengku Kelana dan kaunter van bergerak manakala bayaran boleh dibuat di semua kaunter bayaran.

“Orang ramai boleh juga membuat semakan dan bayaran pada hari Sabtu dan Ahad di kaunter-kaunter pasar raya terpilih,” katanya. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment