Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 29, 2014

No Comment

Kepada pengguna-pengguna telefon pintar Blackberry yang sangat setia, kini ada berita baik untuk anda.

Maklumat terkini mengenai Blackberry yang dilaporkan oleh N4BB bahawa perision OS terbaru akan dikemaskini secara komersil pada akhir tahun ini.


Pada minggu lepas, BlackBerry mengumumkan hala-tuju perisian terbarunya yang bergelar ‘BlackBerry 10.3′, memperlihatkan beberapa perubahan termasuk rekaan yang lebih “mendatar” – seperti trend rekaan antara muka akhir-akhir ini.

BlackBerry dijangka akan memperkenalkan SDK (software development kit) untuk sistem operasi versi baru ini sekitar bulan Mei ini, sebelum ia diperkenalkan kepada para pengguna umum sekitar penghujung tahun ini.

BlackBerry 10.3 secara kasarnya dilihat menyertakan perubahan daripada penggunaan elemen rekaan yang lebih “mendatar”, tiada lagi kotak berwarna gelap di sebalik ikon, selain beberapa perubahan dan penambahan sokongan pada aplikasi kamera.

Pada masa yang sama, BlackBerry juga dilihat akan menamatkan aplikasi sokongan untuk Adobe Air.

Sumber: Crackberry

Oleh: hzqahmd

0 comments:

Post a Comment