Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

JOHOR BAHRU – Seorang wanita rakyat Filipina maut selepas dipercayai dilanggar sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di KM4.6 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisiten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12 tengah malam ketika mangsa, Iand Bernales, 27, sedang melintas jalan terbabit.

“Wanita berkenaan yang beralamat di Stulang Laut di sini merupakan pelajar sebuah kolej swasta di bandar raya ini. Polis telah berjaya mengesan warisnya,” katanya di sini hari ini.

Sulaiman berkata, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultan Ismail, di sini dan polis kini sedang mengesan kenderaan yang dipercayai terbabit dengan kejadian itu.

Katanya polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment