Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 29, 2014

No Comment

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Kok Soo Chon dilantik mengetuai Pasukan Penyiasat Antarabangsa insiden kehilangan MH370, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan, Selasa.

Koo juga adalah bekas wakil tetap DCA Malaysia ke Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Montreal, Kanada.

Menurut Hishamuddin, Pasukan Penyiasat Antarabangsa berkenaan telah pun mula menjalankan tugas mereka.

Ia dianggotai wakil yang ditauliahkan oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat; Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom; Jabatan Siasatan Kemalangan Udara (AAID) China; Biro Penyiasatan Kemalangan Penerbangan (BEA) Peranchis; Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB); serta wakil ASEAN dari Singapura dan Indonesia.

Turut berada dalam pasukan penyiasatan itu ialah pakar-pakar dari Boeing (pembuat pesawat) yang berpangkalan di AS serta Rolls Royce (yang mengeluarkan enjin pesawat) dan Inmarsat (syarikat satelit) yang berpangkalan di UK.

“Tujuan utama Pasukan Penyiasatan Antarabangsa ini adalah untuk menilai, menyiasat dan menentukan punca sebenar kejadian itu supaya insiden yang sama boleh dielakkan pada masa akan datang.

“Saya ingin menegaskan bahawa siasatan ini bukan bertujuan untuk menuding jari menyalahkan mana-mana pihak mengenai insiden itu,” kata Hishamuddin.

Beliau juga menegaskan, adalah penting bagi kerajaan untuk membentuk satu pasukan penyiasat bebas yang bukan sahaja cekap dan telus tetapi juga boleh dipercayai.

“Siasatan akan dijalankan menurut Annex 13 – Penyiasatan Insiden dan Kemalangan Pesawat di Konvensyen Mengenai Penerbangan Awam Antarabangsa (Konvensyen Chicago) yang dilaksanakan dalam Peraturan-peraturan Penerbangan Awam (CAR) 1996 yang menyatakan setiap negara berhak menyiasat dengan bebas dan kuasa penuh kemalangan udara membabitkan negara masing-masing,” kata Hishamuddin.

Tambah beliau lagi, hakikat bahawa MH370 belum ditemui, memang memberi tekanan dan merumitkan lagi operasi carian.

“Malaysia akan membincangkan bagaimana operasi mencari yang baru akan diteruskan bersama rakan-rakan antarabangsa termasuk Australia, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.

“Perbincangan akan merangkumi isu-isu seperti penggunaan aset dalam lingkungan kemampuan carian laut dalam, kos operasi dan kaedah terbaik bagi pihak berkuasa memastikan ahli keluarga penumpang MH370 dimaklumkan perkembangan terkini operasi,” kata beliau yang juga Menteri Pertahanan.

MH370 di Teluk BenggalMengenai dakwaan penemuan pesawat di Teluk Benggal yang mungkin ada kaitan dengan pesawat Boeing 777-200ER Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu itu, Hishamuddin berkata, kerajaan sedar tentang perkara itu.

“Sejajar dengan pendirian konsisten Malaysia sejak hari pertama insiden, kita mahu mendapatkan pengesahan dan bukti sokongan.

“China dan Australia juga sedar laporan ini (pesawat di Teluk Benggal).

“Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa untuk menilai kredibiliti maklumat ini,” tegas Hishamuddin

0 comments:

Post a Comment