Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 29, 2014

No Comment

SEPANG – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memberi tumpuan kepada rancangan perpindahan akhir bagi semua pihak yang terlibat untuk berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Operasi MAHB Datuk Azmi Murad berkata pemegang kepentingan termasuk AirAsia, agensi kerajaan, rakan kongsi perniagaan, pengendali teksi dan bas serta para penumpang sedang menantikan perpindahan operasi ke klia2.

“Tumpuan kami kini adalah untuk memastikan klia2 bersedia pada 2 Mei. Semalam kami mengadakan mesyuarat dan semua pihak mengesahkan akan berpindah ke klia2 dengan membuat persiapan yang perlu.

“Esok kami akan mengadakan satu lagi mesyuarat untuk memuktamadkan rancangan perpindahan bagi semua pihak.

“Jadi marilah kita berusaha mengendalikan klia2 yang menyediakan kemudahan lebih baik, lebih cekap dan lebih selesa berbanding Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT),” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di majlis pecah tanah projek gedung membeli belah Mitsui Outlet Park KLIA, di sini, hari ini.

Terminal penerbangan tambang rendah baharu itu yang boleh menampung 45 juta penumpang setahun dijadualkan dibuka pada 2 Mei, manakala AirAsia Group akan memindahkan semua operasinya ke lapangan terbang tersebut dari LCCT pada 9 Mei.

Azmi enggan mengulas lanjut mengenai beberapa penafian yang dibuat oleh AirAsia mengenai klia2 termasuk tuntutan berkaitan aspek keselamatan landasan, kawasan parkir pesawat, perkhidmatan teksi, sistem pemprosesan penumpang SITA, jejambat aero, muzium, spa dan peluasan ruang di luar terminal untuk menempatkan Airbus A380.

“Jika mereka mahu menafikannya, tak kisahlah,” katanya.

Beliau berkata terminal itu telah disahkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang menyediakan standard, peraturan dan prosedur bagi penerbangan antarabangsa. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment