Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kemaman, Terengganu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 103 manakala empat kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana setakat 8 pagi Rabu.

Menurut laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) kawasan yang mencatat IPU sederhana ialah Nilai (60), Balok Baru, Kuantan (55), Kuching dan Pelabuhan Klang masing-masing (51).

Kawasan lain di seluruh negara mencatat bacaan IPU baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment