Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd memasuki Filipina melalui penguasaan lapan peratus kepentingan dalam pemaju perumahan, 8990 Holdings Inc, melibatkan pelaburan kira-kira RM215 juta.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Khazanah berkata syarikat tujuan khasnya, Pasir Salak Investments Ltd, telah memeterai perjanjian pelaburan utama untuk terbitan saham yang bakal dilaksanakan 8990 Holdings, yang disenaraikan di Bursa Saham Filipina.

8990 Holdings merupakan antara syarikat pemaju perumahan unggul dalam segmen perumahan rakyat yang mempunyai permintaan tinggi di Filipina, telah menjual kira-kira 26,000 unit rumah termasuk kediaman siap serta projek yang sedang dilaksanakankan.

“Dengan tumpuan diberikan kepada perumahan sosial dan perumahan ekonomi, projek-projek yang dikendalikan oleh 8990 Holdings bagi memenuhi permintaan golongan berpendapatan rendah.

Syarikat tersebut mempunyai projek perumahan di di seluruh Filipina termasuk di Cebu, Davao, Iloilo, Cavite dan Pampanga,” kata Khazanah.

Menurut cabang pelaburan kerajaan itu, 8990 Holdings dengan rekod prestasi yang baik, dijangka mampu membantu menangani masalah kekurangan perumahan mampu milik di Filipina melalui penyediaan penyelesaian inovatif yang memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah dengan menggabungkan kaedah pembinaan pantas, program pembiayaan yang mampu dimiliki serta pengurusan yang menyeluruh.

Khazanah berkata ekonomi Filipina merupakan antara yang paling pesat berkembang di rantau ini dengan Keluaran Dalam Negara Kasar sebenar berkembang  6.8 peratus pada 2012 dan 7.2 peratus pada 2013.

“Pertumbuhan dan prospek perdagangan dijangka terus kukuh dengan jangkaan peningkatan kestabilan politik dan keselamatan di selatan Filipina,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment