Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

IPOH – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak mengarahkan semua ahlinya menyertai perhimpunan membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara pada 1 Mei ini.

Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa, himpunan itu sebagai tanda solidariti golongan muda membantah pelaksanaan cukai tersebut.

“Golongan muda kelompok paling terkesan akibat pelaksanaan GST terutama yang baru bekerja. Saya mengarahkan semua ahli DPP Perak turun seramai mungkin ke himpunan bantah GST itu,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Raja Ahmad mendakwa, perhimpunan pada 1 Mei itu akan dipimpin oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) daripada parti PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis memberi bekerjasama terhadap perhimpunan itu dan tidak menghalang pergerakan peserta dari semua lokasi yang dirancang.

0 comments:

Post a Comment