Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

Baru-baru ini terdapat satu berita yang kurang enak didengar apabila Konsert yang dijadualkan berlangsung di Istana Budaya dan yang akan dijayakan oleh penyanyi dari seberang, Bunga Citra Lestari (BCL) telah dibatalkan oleh pihak penganjur.

Ada sumber yang mengatakan bahawa konsert itu dibatalkan kerana penyanyi itu sendiri yang membatalkannya secara sengaja. Tetapi dia telah menafikan segala yang diperkatakan oleh pihak tersebut dan dia sebenarnya tidak tahu-menahu mengenai pembatalan konsert tersebut.

Malah kerana konsert itu juga dia terpaksa menolak segala tawaran yang ada diberikan padanya kerana ingin memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap konsert itu.

“Saya tidak tahu-menahu mengenai pembatalan konsert itu secara tiba-tiba. Apa yang boleh saya jelaskan di sini saya diberitahu pun secara mengejut. Saya begitu teruja untuk membuat konsert di Malaysia lebih-lebih lagi di Istana Budaya tetapi tidak ada rezeki. Malah keluarga mertua saya sudah bersedia untuk datang dan melihat persembahan saya,” katanya.

Dia turut memberitahu bahawa sudah membuat persiapan untuk datang lebih awal ke Malaysia bagi menjalankan latihan menyanyi di sini.

“Saya sudah bersedia untuk datang ke Malaysia dan memberikan sepenuhnya komitmen terhadap konsert solo ini akan tetapi dibatalkan pula secara tiba- tiba. Saya berasa kasihan terhadap peminat-peminat yang ingin menyaksikan persembahan pertama saya ini tetapi tidak mengapa mungkin lain kali,” ujarnya.

Dia juga tidak merancang untuk menyaman atau membuat tindakan apa-apa dan menganggap bukan rezekinya.

“Tidak merancang apa-apa pun, mungkin belum rezeki saya,” jelasnya ringkas.

Sementara itu, Bunga turut menafikan bahawa dia adalah salah seorang artis Indonesia yang dikenakan bayaran mahal dalam semua penglibatan seninya di sana. Katanya itu hanyalah gosip semata-mata.

“Tidak, saya seperti artis-artis lain bayaran yang dikenakan sama sahaja dan jika betullah apa yang boleh saya katakan, Alhamdulillah dan saya bersyukur sekali,” katanya sambil tersenyum.

sumber : rotikaya.com

0 comments:

Post a Comment