Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

Penyair terkenal Arab Saudi Nimah Ismail Nawwab memuji cara Malaysia melayan wanita dan golongan belia dengan memberi peluang kepada mereka untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

Nimah berkata beliau kagum dengan hak serta peluang yang diberi kepada mereka.

Malaysia boleh menjadi model untuk Arab saudi dari segi memastikan wanita dan belia memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat, katanya kepada Bernama selepas menghadiri syarahan umum di Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) di sini hari ini.

Syarahan anjuran IAIS dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu bertajuk ‘Wanita dan Belia di Arab Saudi: Hakikat Semasa’.

Nimah berkata: “Perkara paling menarik tentang Malaysia yang saya dapati ialah kepelbagaian agama yang ada di sini.

“Malaysia patut berbangga dengan kedudukannya sebagai negara Islam, wanita dan belianya boleh melibatkan diri untuk merancang dan menyertai usaha membangunkan negara. Ini sesuatu yang amat mengagumkan.

“Saya tahu wanita dan belia di Malaysia telah mencapai kemajuan besar dan mereka terus mencari lebih banyak peluang, saya rasa ini sesuatu yang amat baik bagi Malaysia,” katanya.

– BERNAMA

0 comments:

Post a Comment