Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan Hybrid, Malindo Air, kini menawarkan penerbangan harian ke Kochi dalam usaha untuk melanjutkan operasinya ke India.

Kochi atau lebih dikenali sebagai Cochin, ialah bandar pelabuhan yang cantik di pantai barat India.

Syarikat penerbangan itu berkata penerbangan pertama berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Penerbangan OD231 berlepas pada 9:10 malam dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Cochin pada 10:35 malam.

Penerbangan balik, OD232, meninggalkan Kochi pada 11.35 malam dan tiba di  KLIA pada 6 pagi waktu tempatan.

Kochi merupakan destinasi kelima Malindo Air di India dan destinasi antarabangsa kesepuluh bagi syarikat penerbangan berusia setahun itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment