Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

Nampaknya Katy Perry tidak menunggu lama untuk menemui cinta barunya.

Selepas dua bulan berpisah dengan John Mayer, Perry kini dikatakan bercinta dengan selebriti DJ dan penerbit muzik, DJ Diplo atau nama sebenarnya, Thomas Wesley Pentz.

Pasangan tersebut bertemu buat kali pertama di Festival Muzik Coachella, baru-baru ini.

Perry dan Diplo membuat kemunculan bersama baru-baru ini ketika keluar makan malam di Hotel Marlton, New York sekali gus menguatkan lagi khabar bahawa mereka kini sedang bercinta.

Perry yang kini popular dengan Dark Horse pernah berkahwin dengan pelakon dan pelawak Russell Brand namun bercerai pada 2011 selepas 14 bulan hidup bersama. - SiakapKeli.com



0 comments:

Post a Comment