Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Rawang dipercayai mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan rakannya di gelanggang bola tampar sekolah itu malam tadi.

Pelajar lelaki yang berumur 15 tahun itu dikatakan ditumbuk di muka sebanyak tiga kali sebelum mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri dalam kejadian 11.00 malam itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah menuduh rakannya itu mencuri alat permainannya sebelum tercetus pergaduhan antara mereka.

“Mangsa dikatakan memukul rakannya dengan tangan sebelum suspek menumbuknya di muka sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, seorang rakan mangsa yang berada di tempat kejadian telah meminta bantuan warden asrama sekolah untuk membawa mangsa ke hospital tetapi mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Selayang.

Abdul Rahim berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang senjata tajam atau kayu digunakan oleh kedua-dua mereka.

Beliau berkata, rakan pelajar itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Namun punca sebenar kematian mangsa masih disiasat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah menghantar pasukan khas bagi menyiasat kes kematian pelajar berkenaan.

Beliau berkata, kementerian merasa amat dukacita dengan insiden itu dan akan menjalankan siasatan sepenuhnya.

“Pasukan dari KPM telahpun diarahkan…pegawai kita sedang bekerjasama dengan pihak polis.

“Ia sudah menjadi kes polis, jadi biar polis jalankan siasatan, tapi di pihak KPM kita juga akan memastikan siasatan sepenuhnya dijalankan untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelancaran perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2014 di sini hari ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment