Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

Adalah menjadi kebiasaan melihat sekurang-kurangnya satu tablet di setiap rumah pada masa kini. Tablet merupakan pengganti kepada komputer riba anda dan lebih mudah digunakan untuk melayari laman sesawang dan menonton video berbanding komputer riba.

Kebiasaanya, anda memegang tablet sehingga menyebabkan kepenatan di bahagian lengan. Kini, anda tidak perlu risau lagi dengan wujudnya bantal tablet ‘Coqoon’


Bantal Tablet Coqoon merupakan bantal ideal bagi yang menggunakan tablet seperti iPad atau peranti tablet yang lain. Cagoon ialah bantal yang mempunyai tempat meletak tablet yang telah siap terbina.


Ini memudahkan anda menggunakan tablet ketika duduk di atas kerusi atau bersandar di atas sofa. Ianya juga boleh berfungsi sebagai “beg udara” sekiranya tablet terjatuh ke atas lantai. Katakan selamat tinggal kepada tangan lenguh ketika menggunakan tablet kegemaran anda!

Sumber: Coqoon

oleh: hzqahmd

0 comments:

Post a Comment