Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 29, 2014

No Comment

Bagi pengguna telefon pintar Samsung Galaxy S4 Zoom, anda mungkin tertanya-tanya apakah reka bentuk dan spesikasi Samsung Galaxy S5 Zoom yang baru.


Samsung Galaxy S5 Zoom yang bakal muncul pada hari ini merupakan variasi daripada Galaxy S5, khabarnya akan memiliki nama rasmi Galaxy K.

Pereka dari Korea telah mengadakan satu sidang media ‘Samsung Media Day’ di Red Dot Design Museum, Singapura, hari ini berhubung pelancaran gajet terbaharu itu.


Menurut laporan daripada SamMobile, Galaxy S5 Zoom dijangka akan mempunyai 20.7 megapixel (5,184 dari 3,888 resolusi) kamera dengan penstabilan imej optik. Kamera hadapan pula mempunyai 2.1-megapiksel.

Paparan skrin Galaxy S5 Zoom dijangka akan sedikit kecil daripada Galaxy S5, pada 5.1 inci ke 4.7, yang mana resolusi paparan skrinya juga menurun pada 1280-720, bukan lagi 1920-1080.

Peranti Galaxy S5 Zoom akan menggunakan processor six-core Samsung Exynos 5 Hexa (5260), ia merupakan perbezaan yang sangat sedikit berbanding quad-core Qualcomm Snapdragon 801 yang di dapati di S5 walaupun keduanya menggunakan kelajuan 2.5 Ghz berbanding dengan gabungan dua 1.7 ARM Cortex A15.

0 comments:

Post a Comment