Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Pengarah filem Apokalips X iaitu Mamat Khalid terpaksa menerima hakikat bahawa karya terbaharunya itu kurang mendapat sambutan penonton.

Berdasarkan rekod kutipan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) setakat 24 April lalu, filem berkenaan hanya mengutip sebanyak RM253,446.

Kos penerbitannya ialah RM1.5 juta.

Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohd Khalid bagaimanapun tidak menyalahkan penonton yang enggan menyaksikan filem itu sebaliknya menyalahkan diri sendiri kerana tidak menghasilkan filem mengikut cita rasa masyarakat kini.

“Saya tidak kecewa mahupun menyalahkan penonton kerana tidak menyaksikan Apokalips X. Sebaliknya saya menganggap diri saya sendiri yang salah kerana tidak cuba faham kehendak penonton,” katanya.

Apokalips X membariskan pelakon seperti Farid Kamil, Jehan Miskin, Peter Davis, Zoee Tan, Vassan, Adam AF, Iqram Dinzly, Pekin Ibrahim, Miera Leyana, dan Dazrin Kamarudin.

Ia mengisahkan mengenai sekumpulan anak-anak muda yang membesar tanpa bimbingan yang betul dan telah berpecah kepada lima puak iaitu Merah Putih diketuai X (Farid), Taring Led yang dipimpin Sri Gala (Peter), Flora diketuai oleh Kulat (Zoe), Teratai diketuai Melur (Vasanth) dan Jengking diketuai oleh Y (Jehan).

Perjuangan mereka dalam usaha menegakkan keamanan menerusi perjanjian damai biarpun menyedari ada dendam di kalangan mereka sehingga wujud pelbagai konflik.

Dalam pada itu, Mamat yang cuba memberikan kelainan dalam karyanya itu berkata, dia juga terpaksa akur kerana genre fantasi yang diketengahkan adalah sesuatu yang baharu dan sukar untuk diterima oleh penonton.

“Apokalips X bertunjangkan fantasi dan fiksyen di mana plot cerita menjangkau pemikiran biasa. Jadi saya faham ia faktor filem ini kurang diminati.

“Apa-apa pun saya masih tidak mengalah dan akan terus menghasilkan prekual filem ini. Kali ini saya akan memastikan agar ia lebih serasi dengan jiwa penonton sekarang.

“Bagi saya kegagalan tiada kutipan tidak pernah pudarkan semangat saya untuk terus berkarya,” ujarnya.

Sebelum ini filem arahannya iaitu Zombi Kilang Biskut hanya berjaya mengutip RM1.5 juta gara-gara kurang promosi.

Bagaimanapun tahun lalu, karya Mamat iaitu Rock Oo berjaya mengutip RM3.95 juta manakala filem Husin, Mon & Jin Pakai Toncit meraih kutipan sebanyak RM5.89 juta.

Pada tahun 2010 pula, Mamat terpaksa akur apabila filem berkonsep masyarakat majmuk iaitu Estet gagal mendapat jualan tiket yang tinggi iaitu hanya RM350,000.

Bagaimanapun filem tersebut mendapat pengiktirafan sebagai Anugerah Khas Juri Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21). – mStar Online

0 comments:

Post a Comment