Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 15, 2014

No Comment

KUANTAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terbunuh selepas kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya terbabas sebelum terbalik di Kilometer 3 Jalan Karak-Mentakab, dekat Temerloh semalam.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Superintenden Mohamed Fauzi Abdul Rahim, S. Karshan mati ketika menerima rawatan akibat parah di kepala dan badan.

Katanya, kejadian jam 11.30 pagi itu dipercayai berlaku semasa bapanya yang berusia 30-an secara tiba-tiba hilang kawalan ke atas kereta Proton Wira yang dipandunya itu.

“Kenderaan tersebut kemudiannya melanggar batu penghadang jalan sehingga menyebabkannya terbalik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Mentakab dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Katanya ibu dan bapa mangsa bagaimanapun tidak cedera di dalam nahas itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment