Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 23, 2014

No Comment

DALAM dunia ini, ramai orang normal yang suka melabel diri mereka sebagai ‘orang kurang upaya’ atau OKU.

Jika tak percaya, lihat saja tempat letak kereta untuk golongan OKU sama ada di pasaraya atau bangunan pejabat.

Langsung tak rasa bersalah ‘mencuri’ tempat yang sudah dikhaskan untuk golongan istimewa itu.

Tak perlulah buat-buat bersangka baik dengan membuat andaian, ‘entah-entah mereka memang betul-betul OKU?’

Sebabnya, jika individu itu benar-benar seorang OKU, pasti akan ada pelekat pada kenderaannya yang menyatakan bahawa dia merupakan golongan itu.


Jika cara menegur atau mendenda tidak mampu untuk menyedarkan individu yang tidak bertanggungjawab ini, mungkin cara ‘surat cinta’ yang dilakukan oleh insan yang bernama Zeeda Aziz ini boleh dijadikan contoh.

Katanya:

“Salam pemilik kenderaan,
Nasib kita sepatutnya ditukar. Atau mungkin, nasib kita serupa suatu hari nanti. Saya cacat fizikal, kehilangan sebelah kaki kerana kanser tulang.
Kenderaan anda diletakkan di tapak letak kenderaan OKU. Mungkin doa anda belum termakbul untuk menjadi seperti saya. Usah risau. Allah Maha Melihat, malaikat mencata.
Jika anda adalah hambaNya yg bersyukur kerana dianugerahkan kesempurnaan fizikal, elakkanlah dari meletakkan kenderaan di tapak ini. Saya sendiri malu dilabel cacat, tidakkah anda?
Moga kesempurnaan hidup ini disyukuri tanpa perlu menzalimi hak mereka yang benar-benar memerlukan. 
Zeeda Aziz
Cancer Survivor
7 years, still counting.”

Ha, memang ‘makan dalam’ sungguh kata-kata wanita ini.

Kalau tak sedar-sedar juga, tak tahulah…

Sumber: Elza / My News Hub

0 comments:

Post a Comment