Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 15, 2014

No Comment

CAMERON HIGHLANDS – LBS Bina Group Bhd menjangka projek pembangunan hartanahnya di Cameron Highlands akan menyumbang 30 peratus kepada jumlah hasilnya menjelang 2017, meningkat daripada lima hingga 10 peratus sekarang.

Projek pembangunan LBS di pusat pelancongan di atas bukit di Pahang itu dalam tempoh 10 tahun akan datang akan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM5 bilion, kata Pengarah Urusannya, Datuk Seri Lim Hock San.

Menurutnya, projek itu merupakan 26 peratus daipada keseluruhan GDV kumpulan.

“Ketika ini kami adalah pemaju terbesar di Cameron Highlands dan kami komited kepada pembangunan jangka panjang di sini,” katanya.

Pemaju itu yang beralih ke Cameron Highlands pada 1998 dan mempunyai bank tanah seluas 223 ekar (89.2 hektar) di sana, bersedia untuk menyuntik elemen rekreasi dan hiburan kepada projek masa depannya.

Projek Cameron Centrum yang akan dibina tidak lama lagi akan membabitkan enam presint dengan GDV bernilai RM2.7 bilion.

Lim berkata, walaupun butir terperinci belum lagi dimuktamad, projek itu akan mempunyai komponen seperti pusat beli-lah dengan lebuh hias, outlet runcit, kondominium, banglo dan kediaman bertanah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melancarkan galeri jualan kumpulan LBS di sini hari ini.

Galeri yang terletak di Brinchang itu sejajar dengan usahanya untuk memesatkan kegiatan di destinasi pelancongan berkenaan.

LBS turut melancarkan projek Barrington Homes yang mengandungi 50 unit kediaman berkembar tiga tingkat dengan harga bermula daripada RM1.7 juta.

Dalam tempoh tiga bulan tahun ini, LBS mengutip hasil RM50 juta daripada pelbagai projek di Cameron Highlands.

Ia menyasarkan jumlah jualan RM1 bilion tahun ini dengan RM300 juta disumbangkan oleh pembangunan di bukit peranginan itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment