Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 28, 2014

No Comment

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata lelaki Islam dibolehkan untuk tinggalkan solat Jumaat di masjid sekiranya keadaan jerebu sangat teruk.

Beliau berkata hukumnya sama seperti keadaan di mana hujan lebat (sehingga menghalang dari pergi ke masjid).

Menurut Dr Asri, hujah tersebut ada terkandung di dalam sebuah hadis al-Bukhari.

“Boleh, sama seperti hujan lebat. Ada dalam hadis al-Bukhari,” kata beliau.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) tidak lama dahulu telah mengeluarkan kenyataan membenarkan umat Islam di negara itu meninggalkan solat Jumaat, kerana asap jerebu yang semakin menebal dan boleh membahayakan kesihatan.

Kenyataan itu telah dilaporkan oleh berita Singapura, Channel NewsAsia.

Menurut kenyataan itu lagi, kaum lelaki boleh menunaikan solat Jumaat mereka di tempat lain selain masjid, serta mereka wajib melakukan solat Zohor jika meninggalkan solat Jumaat.

0 comments:

Post a Comment