Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 27, 2014

No Comment

KUANTAN – Sebanyak 28 daripada 80 loji rawatan air di Pahang mencatat paras bacaan rendah akibat kemarau dan beberapa faktor lain.

Pegawai Perhubungan Awam Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), Datuk Jafar Abdullah berkata, loji berkenaan terletak di lapan daerah yang mendapatkan sumber air dari anak Sungai Pahang dan Sungai Pahang.

Katanya loji terbabit terletak di daerah Lipis (7), Jerantut (5), Temerloh (4), Maran (4), Pekan (3), Bentong (3) dan masing-masing satu di Rompin dan Bera.

“Sekiranya musim kemarau berlarutan lebih lama, ia akan menyebabkan loji-loji yang mencatatkan paras rendah ini terpaksa ditutup,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata selain kemarau, faktor yang dikenal pasti menjadi punca penyusutan bacaan air ialah aliran air sungai di muka sauk yang tersekat oleh longgokan pasir hingga menyebabkan air mengalir ke arah lain.

Sehubungan itu menurut Jafar, kerja membuang longgokan pasir di muka sauk loji sedang dilakukan, selain membina benteng pasir di tebing sungai berhampiran muka sauk, bagi melancarkan semula aliran air ke dalam loji.

“Air di 28 buah loji terbabit bagaimanapun masih mampu untuk menampung bekalan kepada pengguna di kawasan itu,” katanya.

Mengikut rekod, Pahang membekalkan air kepada hampir dua juta pengguna dengan kadar penggunaan lebih 34 juta meter padu sebulan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment