Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 26, 2014

No Comment

TAWAU – Kastam Sabah merampas pelbagai rokok berjenama bernilai kira-kira RM532,773 dalam satu serbuan di Kampung Airport Semporna dekat sini, Ahad lepas.

Timbalan Pengarah Kastam Sabah, Hamzah Sundang berkata, pihaknya menemui 50,150 bungkus rokok itu semasa menyerbu sebuah rumah tidak bernombor jam 8 malam.

Tiada tangkapan dibuat semasa serbuan itu dan siasatan awal mendapati kesemua rokok terbabit tidak mendapat kelulusan kastam, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kes berasingan Kastam Sabah menahan enam lelaki dan dua wanita, berumur di antara 25 hingga 45 tahun, dipercayai terlibat dalam urusan penjualan dan memiliki rokok seludup dalam operasi khas di sekitar Tawau, dua hari lepas.

“Dalam operasi itu kami turut merampas pelbagai barangan termasuk kain yang belum mendapat kelulusan kastam bernilai RM3,685,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan mengenakan tindakan tegas kepada pesalah yang didapati terlibat dalam urusan penjualan, pengedaran dan pemilikan barangan seludup terutamanya rokok.

Mereka yang melakukan kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda amaun duti kastam atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment