Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 27, 2014

No Comment

GOPENG – Empat penuntut maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta n lori di Kilometer 25.5 Jalanraya Ipoh-Kuala Lumpur kira-kira 500 meter dari Gua Tempurung dekat sini, jam 5 pagi tadi.

Dalam kejadian itu kereta model Perodua Viva dipercayai dari Ipoh menghala ke Kampar hilang kawalan sebelum merempuh lori membawa muatan tar dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan itu menyebabkan empat maut.

“Siasatan awal mendapati empat mangsa, seorang lelaki dan tiga wanita penuntut sebuah kolej swasta di sini.

“Kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas merempuh bahagian kiri depan lori berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan kesemua mangsa maut di tempat kejadian.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut sementara pemandu lori berusia 42 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan berhubung kejadian masih dijalankan,” katanya. – Harian Metro

0 comments:

Post a Comment