Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 27, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) sudah membantu kira-kira 42,000 graduan menganggur mendapatkan pekerjaan sejak ia dilancarkan pada 2011.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata 24,282 atau 63 peratus daripadanya berjaya mendapat pekerjaan dengan usaha sendiri selepas berdaftar dengan SL1M.

“Manakala 10,069 atau 26 peratus daripada jumlah keseluruhan perserta berjaya mendapat pekerjaan selepas menyertai SL1M dan 4,163 atau 11 peratus masih mengikuti skim berkenaan,” katanya pada sidang media ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Eksklusif bersama Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif (CEOs) syarikat yang menyertai SL1M.

Antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Amrin Awaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif New Straits Times Press (M) Berhad, Mohammad Azlan Abdullah. – Berita Harian

0 comments:

Post a Comment