Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 26, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi hari ini menegaskan pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung beberapa kes membabitkan provokasi melampau di negeri itu.

“Kita akan teruskan sehingga kes ini selesai kemudian terserah kepada pihak pendakwaan untuk membawa kes ini ke mahkamah,” katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau ditanya mengenai perkembangan beberapa kes antaranya kain rentang kalimah Allah, serangan bom petrol di sebuah gereja di Lebuh Farquhar, serangan di Balai Polis Bukit Tengah dan kes daging khinzir yang dilontar di hadapan Masjid Ceruk  Tokun Atas, Bukit Mertajam.

“…beri ruang kepada polis untuk melakukan siasatan dan sebarang  perkembangan lanjut akan diberitahu kemudian. Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung  kes ini diminta bekerjasama dengan pihak polis,” katanya.

Sementara itu beliau berkata indeks jenayah Pulau Pinang bagi tempoh awal tahun ini hingga semalam menurun 12.3 peratus dengan 209 kes direkodkan berbanding tempoh sama tahun lepas.

Selain daerah Timur Laut yang mencatatkan sedikit peningkatan, empat daerah lain iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Barat Daya menurun, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment