Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 26, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, berkata pakaian seragam tentera yang dirampas daripada sekumpulan lelaki di Jementah, Johor minggu lalu bukan milik pasukan itu.

Katanya, walaupun hampir sama, siasatan menunjukkan pakaian seragam digital tersebut bukan seperti yang diguna oleh pasukan tentera darat negara ini.

“Pakaian ini dipercayai dibeli secara ‘online’ daripada pihak luar,” katanya dalam temu bual khas sempena Hari Tentera Darat Ke-81, di sini, hari ini.

Pada 17 Februari lalu, polis merampas 14 senjata api tiruan termasuk menyerupai raifal automatik Steyr, M16, AK-47 dan mesingan, ketika menahan sekumpulan 18 lelaki berpakaian tentera di Bukit Chee Leong, Jementah.

Kumpulan itu dipercayai menjadikan kebun seorang daripada mereka sebagai lokasi menjalankan kegiatan sukan lasak dengan menggunakan senjata tiruan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment