Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 28, 2014

No Comment

Petra Jaya – Menteri Tugas Tugas Khas Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 70, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Ke-5 dalam istiadat penuh bersejarah di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri, tepat jam 9.40 pagi tadi.

Beliau menggantikan Ketua Menteri paling lama dalam sejarah negara, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 78, yang bersara bermula hari ini, seterusnya bakal dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri yang baharu, menggantikan Abang Muhammad Salahuddin, 92, yang tamat tempoh perkhidmatannya, juga pada hari ini.

Adenan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu itu mula menyertai Kabinet Sarawak selepas peristiwa Ming Court pada 1987.

Beliau adalah antara pemimpin paling senior dalam Kabinet Sarawak selepas Abdul Taib dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Sementara itu, Abdul Taib dijadualkan berlepas ke Kuala Lumpur sebelum Solat Jumaat untuk menghadap, seterusnya menerima watikah pelantikannya sebagai Yang di-Pertua Negeri Ke-7 daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara kira-kira jam 3 petang ini sebelum kembali semula ke Kuching menggunakan pesawat khas. – BH Online

0 comments:

Post a Comment