Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 28, 2014

No Comment

BESUT – Walaupun Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Tembila di sini hanya dibuka September tahun lalu, namun kemampuan pelajarnya terserlah dengan kejayaan memenangi beberapa anugerah reka cipta.

Daya kereativiti dan inovasi pelajarnya dari Fakulti Informatik dan Komputeran dalam menghasilkan ciptaan baharu mendapat pengiktirafan antarabangsa dan dalam negara.

Baru-baru ini ciptaan empat pelajar Fakulti Infomatik dan Komputeran “The Malaysia Train” memenangi Pingat Emas sebagai Pencipta Kelas Pertama Korea dalam pertandingan Pencipta 2013 (Inventer 2013) di Korea Selatan.

“The Malaysia Train” mampu membantu pengguna pengangkutan awam terutamanya transit aliran ringan (LRT), monorel dan kereta api dalam isu berhubung destinasi perjalanan, jadual perjalanan, mengetahui arahan pihak pengurusan di samping pelbagai maklumat lain dengan menggunakan sistem maklumat melalui telefon pintar.

Empat pelajar itu terdiri daripada jurulatih dan pelajar Nor Aida Mahiddin, Ahamad Nazari Mohd Rose, Azwa Abdul Azizz dan Wan Mohd Hasbullah Wan Abdul Rahman memberikan penghargaan kepada pensyarah yang membimbing mereka.

Ketika ditemui Bernama pada pameran ciptaan pelajar di universiti berkenaan dua hari lepas, mereka berkata hasil bimbingan pensyarah, mereka mampu mencipta ciptaan yang bermutu dan bernilai komersial untuk diketengahkan kepada masyarakat di Malaysia.

Turut meraih kejayaan ialah ciptaan “Virtual Umrah” oleh tujuh pelajar dari fakulti sama yang menerima Anugerah Emas di Penciptaan Antarabangsa, Inovasi dan Pameran Teknologi ke-24 (ITEX) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Panduan mengerjakan umrah itu dihasilkan Normala Rahim, Nazirah AbdulHamid, Wan malini Wan Isa, Azilawati Rozaimee, Siti Dalila Mohd Sattar, Jamaluddin Hashim dan Wan Ismail Wan Abdullah.

Selain itu, sepasukan lagi pelajar fakulti itu turut menyerlah dengan ciptaan alat amaran banjir yang menerima anugerah i-Warner.

Alat itu mampu mengeluarkan amaran awal sebelum berlakunya banjir sebagai persediaan kepada orang ramai untuk bertindak, diilhamkan Azwa Abdul
Aziz, Suhailan Safie, Siti Dahlila Mohd Sattar dan Raja Hasyifah Raja Bongsu. di bawah bimbingan Dr Zahratul Amani Zakaria.

Pengarah Kampus UniSZA Tembila, Profesor Dr Abdulah Abu Bakar ketika ditemui memberitahu pihak universiti sentiasa berusaha melengkapkan 782 pelajar dari dua fakulti di kampus ini dengan ilmu-ilmu baharu. Satu lagi fakulti ialah Fakulti Pertanian dan Sains Pertanian.

Pelajar digalakkan menerokai alam dan perkara baharu terutamanya dalam reka cipta supaya dapat menyaingi universiti-universiti yang lebih lama wujud di negara ini, katanya.

“Pelajar dari Fakulti Informatik dan Komputeran memang banyak menghasilkan ciptaan-ciptaan baharu tetapi kita hanya memilih yang benar-benar baik dan bermutu untuk dipertandingkan sama ada di dalam mahupun luar negara,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment