Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 28, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menetapkan dua hari dari 6 Mac untuk mendengar rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Aziah Ali menetapkan 6 dan 7 Mac bagi mendengar rayuan pendakwaan apabila perkara itu dihadapkan kepadanya bagi pengurusan kes di dalam kamar.

Hadir pada prosiding pengurusan kes itu ialah peguam Anwar, Karpal Singh sementara Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili pihak pendakwaan.

Muhammad Shafee dilantik sebagai timbalan pendakwa raya secara ad hoc pada Julai tahun lepas oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengetuai pendakwaan dalam rayuannya.

Sementara itu Karpal Singh memberitahu media bahawa Mahkamah Rayuan telah menetapkan 3 Mac (Isnin) bagi mendengar permohonan kali ketiga Anwar untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee daripada mengetuai pendakwaan dalam rayuannya terhadap pembebasan Anwar dalam kes dakwaan liwat itu.

Beliau juga berkata Mahkamah Rayuan akan mendengar pada 4 Mac, permohonan pendakwaan untuk membatalkan notis rayuan Anwar.

Karpal Singh berkata perkara di dalam Mahkamah Persekutuan ada berkaitan dengan permohonannya (Anwar) untuk memanggil semula saksi bekas Supt Jude Balcious Pereira, pegawai penyiasat dalam kes liwat terhadap Anwar (kini bersara), yang menjadi saksi pendakwaan dalam kes itu.

Anwar gagal dalam cubaannya untuk memanggil semula Pereira apabila permohonannya diketepikan oleh Mahkamah Rayuan pada 12 Februari tahun ini.

Beliau memohon untuk memanggil semula Pereira bagi memastikan sama ada keterangan Pereira yang diberikan semasa perbicaraan kes liwat itu di Mahkamah Tinggi adalah boleh dipercayai berikutan satu lagi keputusan Mahkamah Tinggi yang pada 15 Jan tahun ini yang menolak permohonan Pereira untuk diterima sebagai peguam.

Anwar telah memfailkan notis rayuan untuk mengemukakan perkara itu bagi rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu Anwar juga memfailkan permohonan ketiganya pada Selasa (25 Februari) untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee daripada hadir sebagai pendakwa raya atas alasan peguam kanan itu tidak layak dan sesuai untuk menerima pelantikan berkenaan kerana beliau telah didapati bersalah melanggar Peraturan Publisiti Dalam Profesion Guaman 2001.

Anwar pada mulanya mencabar kesahihan pelantikan Muhammad Shafee di bawah Kanun Prosedur Jenayah (CPC) tetapi ia diketepikan oleh Mahkamah Rayuan pada 17 Sept tahun lepas.

Beliau juga gagal dalam rayuannya yang diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan pada 20 November tahun lepas.

Permohonan keduanya untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee, berdasarkan perakuan berkanun oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim, turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 20 Disember tahun lepas.

Rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan juga diketepikan pada 11 Feb tahun ini.

Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara atas pemberikuasaan di bawah Seksyen 376 (3) CPC dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk mengendalikan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, di unit kondominum Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pihak Pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment