Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 27, 2014

No Comment

TOYOTA Motor Corporation (TMC) mengumumkan kempen perkhidmatan istimewa atau recall (ditarik balik) untuk model Toyota Prius varian 1.8.

Ia berikutan masalah pada beberapa perisian digunakan untuk mengawal boost converter di dalam inverter digunakan pada Prius mungkin boleh menyebabkan senario agak teruk.

Masalahnya lampu amaran akan menyala dan ia mungkin menyebabkan mod keselamatan kenderaan terbabit gagal berfungsi dengan mengurangkan kuasa penggerak.

Oleh itu, perisian ini perlu diprogramkan semula melibatkan Motor Generator Control ECU dan Power Management Control ECU.

UMW Toyota Motor menerima pengesahan daripada Toyota Motor Corporation, Jepun, terdapat 6,160 unit Prius 1.8 varian diperbuat dari tahun 2009 hingga 2013 dijual di Malaysia terlibat Kempen Perkhidmatan Khas ini.

Walaupun belum berlaku kes dilaporkan di Malaysia, UMW Toyota Motor akan menjalankan kempen ini bagi memastikan kenderaan pelanggan pada tahap prestasi yang terbaik.

UMW Toyota Motor akan menghubungi semua pelanggan terlibat untuk menjalankan langkah-langkah pembetulan yang perlu tanpa sebarang kos. Tiada model lain UMW Toyota Motor terlibat kempen ini. – Sinar harian

0 comments:

Post a Comment