Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 28, 2014

No Comment

Nampaknya retakan dalam PKR semakin meluaskan ekoran spekulasi bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mencabar Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden.

Menurut sumber, Khalid akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin yang rapat dengannya di kediaman rasminya pukul 8 malam ini.

“Ya, betul. MB akan tawarkan diri bertanding timbalan presiden,” kata Setiausaha Politiknya, Azman Abidin kepada Malaysiakini.

Jemputan rasmi yang bertemakan “Majlis Kasih Bertaut”, tidak menyebut apa-apa mengenai Khalid akan mengumumkan hasratnya untuk bertanding.

Bagaimanapun, terdapat satu “jemputan tidak rasmi” yang beredar di kalangan pemimpin parti, yang menyatakan menteri besar akan mendedahkan beliau bersedia merebut jawatan nombor dua parti itu.

Ia merupakan rahsia terbuka bahawa Khalid dan Azmin, yang dianggap sebagai ‘anak emas’ Datuk Seri Anwar Ibrahim, sentiasa bertelagah.

Dalam temubual dengan Malaysiakini selepas beliau mengumumkan pencalonan Anwar untuk pilihan raya kecil Kajang, Khalid mengatakan beliau akan memperuntukkan lebih banyak masa untuk “politiking”. – Malaysiakini.com

0 comments:

Post a Comment