Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 26, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan pesawat Bombardier milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk memadam kebakaran hutan di Bukit Bendera.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Azmi Tamat berkata, pesawat itu dapat membawa enam tan air pada satu masa dan mula beroperasi pada pukul 6.20 petang ini.

“Operasi memadam api menggunakan pesawat itu dijalankan sehingga 7.30 malam ini dan selepas itu kami akan melihat keperluan untuk terus menggunakannya atau mencari kaedah lain untuk memadam kebakaran itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata setakat pukul 6.30 petang, titik panas di Bukit Bendera bertambah kepada sembilan berbanding empat kawasan yang terbakar di sebelah pagi termasuk merebak sedikit ke Bukit Gantung.

“Kami juga telah mengarahkan pendaki bukit berkenaan mengosongkan lokasi kejadian bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Azmi berkata pihaknya telah mengenal pasti tiga keluarga yang mendiami kawasan sekitar Bukit Bendera dan kediaman mereka terletak di luar kawasan kebakaran, dan mereka dinasihat berada di dalam rumah masing-masing sepanjang kerja-kerja penyemburan air dilakukan.

Kerja memadam api turut dipantau sebuah helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi memantau pergerakan api, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment