Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 28, 2014

No Comment

Hari ini Harian Metro ada menyiarkan kisah tentang seorang lelaki yang memukul orang di depan sebuah bank di Cheras, tengah hari semalam semata-mata kerana disangka memandang isterinya.

Rupa-rupanya ada individu yang menyaksikan perkara ini dan telah memuat naik detik kejadian, gambar suspek, isteri dan kenderaannya di media sosial.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran ceritanya namun menurut individu yang mendakwa dirinya saksi kejadian, lelaki yang bertindak membelasah orang itu menaiki kereta Proton Satria berwarna merah.

Dakwa saksi ini, lelaki berbadan besar tersebut telah membelasah dengan mencekik, menghentak kepala dan meludah mangsa kerana disangka memandang isterinya sambil mengaku dirinya gangster besar KL dan ahli kumpulan 3 Line walaupun cuba dileraikan orang ramai.

Gambar ini dipercayai disebarkan kerana lelaki terlibat sebelum ini dicari polis selepas mangsa membuat laporan.

Ketua Polis Cheras yang mengesahkan kejadian ini bagaimanapun sudah memaklumkan, suspek telah menyerah diri di Balai Polis Sungai Besi petang semalam.

Apa yang boleh dikatakan, inilah akibatnya kalau ada perangai panas baran dan cemburu tak bertempat. – REM RAMZI

Sumber Gambar: mymedialab.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment