Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 27, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari yakin berita daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) masih menjadi sumber berita utama media arus perdana dan media baharu.

Beliau berkata sebagai asas utama sumber berita, Bernama juga menjadi peneraju utama kepada laporan-laporan serta isu penting, selain berita rasmi kerajaan.

“Walaupun wujudnya banyak media baharu, orang ramai tetap akan merujuk kepada Bernama untuk laporan rasmi dan sebenar dan saya sendiri juga merujuk kepada laporan Bernama,” katanya semasa mengadakan kunjungan ke pejabat Biro Bernama Terengganu di Jalan Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau mengingatkan bahawa untuk memastikan Bernama kekal sebagai agensi berita utama negara, ia juga perlu membuat laporan yang lebih pantas dan tepat berhubung beberapa peristiwa penting.

Beliau memberi jaminan pihak kementerian bersedia untuk menambah baik kemudahan dan keperluan para pemberita dan jurugambar Bernama sama ada di ibu pejabat mahu pun di biro-biro seluruh negara. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment