Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 27, 2014

No Comment

RIO DE JANEIRO – Jenama sukan terkenal, Adidas terpaksa menghentikan penjualan kemeja-t sempena Piala Dunia kerana ia seolah-olah mempromosikan industri seks di negara berkenaan.

Salah satu daripada kemeja t itu memaparkan slogan `Lookin’ to Score dengan memaparkan gambar wanita memakai bikini di depan pantai Rio de Jeneiro dan perkataan Brazil.

Adidas mengarahkan penarikan penjualan kemeja t itu selepas beberapa jam lembaga pelancongan Brazil mengeluarkan kenyataan mengecam perkara berkenaan.

Adidas yang juga penaja Piala Dunia dan pembekal bola rasmi kejohanan berprestij itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kemeja t itu adalah edisi terhad dan hanya boleh diperolehi di Amerika Syarikat.

“Kami sentiasa memberikan perhatian terhadap pandangan daripada pengguna dan rakan kongsi. Justeru Adidas mengumumkan ia tidak akan menjual kembali produk tersebut,’’ kata syarikat berkenaan.

Sementara itu, Presiden Brazil, Dilma Rousseff, dalam twitternya memberitahu bahawa negara itu akan melakukan sebaik mungkin untuk menghalang perkembangan industri seks sepanjang kejohanan Piala Dunia.

“Brazil mengalu-alukan pelancong sempena Piala Dunia ini dan kami juga bersedia membendung pelancongan seks,’’ katanya.

Piala Dunia itu diadakan mulai 12 Jun hingga 13 Julai ini.

0 comments:

Post a Comment