Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 27, 2014

No Comment

HANYA untuk siri peranti Windows Phone. Syarikat laman sosial gergasi Facebook kini berkeputusan untuk menghentikan perkhidmatan Facebook Messenger bagi pengguna Windows Phone.

Bermula hari ini, hampir kebanyakan pengguna peranti ini telah menerima mesej dari laman sosial tersebut yang menyatakan bahawa aplikasi tersebut akan dihentikan tanpa sebarang sebab atau maklumat lanjut.

Menurut kenyataan tersebut, Facebook tidak lagi menggunakan Facebook Messenger bagi Windows dan aplikasi tersebut akan dihentikan mulai 3 Mac, 2014.

Anda tidak perlu risau, aplikasi ini masih berfungsi seperti biasa pada peranti Android dan iOS termasuk komputer dan tablet.

“Mengemaskini” beberapa perkara “kecil” seperti ini merupakan amalan biasa bagi kebanyakan syarikat. Mungkin ini bermaksud Facebook bakal menggunapakai integrasi aplikasi Whatsapp pada laman mereka tidak lama lagi?

Sumber: Lowyat

0 comments:

Post a Comment