Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 28, 2014

No Comment

KAJANG – Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri bekalan air Selangor ditandatangani antara kerajaan Persekutuan dan negeri itu tidak boleh dipinda dan diubah sekalipun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berkata perkara itu terkandung di dalam MoU itu dan ia merupakan obligasi kerajaan Persekutuan dan negeri yang tidak boleh diubah atau pinda dalam apa keadaan sekalipun.

Justeru itu, beliau berkata projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang mendapat kebenaran merancang akan diteruskan sehingga siap.

“Rakyat akan rasa lega kerana projek ini akan berjalan tanpa terganggu dan kita harap projek ini dapat siap mengikut jadual agar sumber air dari Pahang akan mengalir ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di pusat perniagaan Kwan Tung, Sungai Chua di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada Anwar boleh menghentikan projek Langat 2 sekiranya beliau menang pada pilihan raya kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang 23 Mac ini dan menjadi Menteri Besar Selangor.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dun Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun.

Selasa lalu, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan pusat manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani MoU itu di Putarajaya dan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas kenyataan Anwar seperti dilaporkan portal berita bahawa beliau dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak tahu menahu mengenai perjanjian MoU itu, Muhyiddin berkata ia adalah satu perkara luarbiasa memandangkan Anwar adalah penasihat ekonomi kerajaan Selangor.

“Anwar tidak tahu menunjukkan beliau tidak memberikan nasihat dan hanya mahu ‘nama’ dan langsung tidak memberi perhatian (masalah air Selangor).

“Dia (Anwar) sebagai penasihat ekonomi patut ambil langkah menyelesaikan masalah air, dalam soal begini nyata beliau tak ada sumbangan,” katanya.

Muhyiddin menarik perhatian bahawa isu itu jelas menunjukkan kedua-dua pemimpin tertinggi PKR itu tidak sehaluan.

Timbalan Perdana Menteri turut mempersoal bagaimana Anwar sebagai orang luar Selangor akan mampu berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat di negeri itu jika menang PRK Dun Kajang.

“Kenapa orang Pulau Pinang datang ke Selangor untuk menjadi Menteri Besar. Apa kurangnya orang Selangor sendiri. Kalau pun dia menang dan nak jadi Menteri Besar, dia banyak kerja dan sibuk.

“Hari ini di Jepun, esok ke Amerika Syarikat, macammana nak menjaga pengundi di Kajang,” katanya.

Muhyiddin bagaimanapun melahirkan rasa lega apabila projek Langat 2 yang tergendala sejak tahun 2008 telah selesai untuk kepentingan rakyat walaupun kedua-dua pihak iaitu kerajaan pusat dan negeri berlainan ideologi politik.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri menegaskan komitmen dan jaminan perjanjian yang dimeterai perlu dihormati dan disempurnakan.

“Sebarang perubahan maka ia telah melanggar perjanjian,” katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata jentera BN akan memberi fokus di semua 16 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kajang.

“Kita tidak ambil mudah kerana kita berdepan dengan satu pertandingan sengit. Walaupun kita (BN) adalah underdog tetapi semangat juang tinggi”.

Terdahulu, beliau meluangkan masa hampir sejam di pusat perniagaan Kwan Tung di sini, bertemu orang ramai dan wakil pertubuhan bukan kerajaan komuniti Cina dari sekitar Dun Kajang. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment