Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 28, 2014

No Comment

KUCHING – Bakal Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan terus memastikan semua kaum di negeri ini bebas mengamalkan agama masing-masing. Itu yang dapat dirumuskan daripada temu bual beliau dengan Bernama di kediamannya di Demak Jaya, di sini semalam.

Sambil mengingatkan semua kaum di Sarawak agar bertoleransi dan menghormati agama serta budaya orang lain, Abdul Taib berkata setiap agama mengajar penganutnya melakukan kebaikan, justeru tidak perlu bergaduh kerana agama.

“Agama mengajar masyarakat untuk hidup secara aman, justeru tidak ada sebab untuk menimbulkan konflik,” kata bekas Ketua Menteri Sarawak itu.

Beliau turut meluahkan harapan untuk melihat umat Islam di Sarawak berkongsi tentang agama mereka dengan tujuan mengadaptasi kefahaman itu seiring dengan kehidupan zaman moden.

Beliau juga tidak nampak sebab yang menghalang satu-satu kaum memeriahkan sambutan perayaan kaum lain.

“Tidak ada sebab mengapa saya tidak boleh memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina atau orang Cina tidak harus bersama-sama merayakan Hari Raya dan Gawai Dayak.

“Di Sarawak, komuniti Cina sudah lama berbuat demikian. Mereka tidak fanatik terhadap agama dan falsafah Confucianisme mengajar mereka agar lebih praktikal dalam menjalani kehidupan,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap penggantinya Tan Sri Adenan Satem yang pernah berkata “beliau Ketua Menteri untuk semua kaum”, akan terus berlaku adil untuk semua.

Abdul Taib juga mengajak semua komuniti di Sarawak mempertahankan semangat perpaduan yang teguh dan menggesa pemimpin di bawah ketua menteri yang baharu meningkatkan usaha memacu Sarawak menjadi negeri paling maju di Malaysia menjelang 2020.

Beliau juga menggesa rakyat Sarawak mempersiapkan diri bagi menghadapi hari-hari mendatang yang lebih mencabar dan melengkapi diri mereka dengan
kemahiran yang perlu.

“Sarawak sedang berubah ke arah negeri perindustrian menerusi pembangunan Score (Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak). Terdapat banyak peluang dalam Score yang akan menjadikan kita masyarakat makmur di Malaysia. Kita masih ada banyak sumber untuk dibangunkan,” katanya.

Beliau turut menjangka Sarawak menerima lebih banyak pelaburan daripada negara maju seperti Jepun, Korea, China dan Amerika Syarikat dalam tahun-tahun mendatang. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment