Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 27, 2014

No Comment

SINGAPURA – Jutawan Malaysia, Robert Kuok, sekali lagi mengetuai senarai orang paling kaya di Malaysia buat kali kesembilan berturut-turut.

Menurut senarai terkini Orang Paling Kaya Malaysia oleh Forbes, Kuok mengetuai senarai itu sejak 2006 semasa Forbes mula menyenaraikan ranking rakyat Malaysia paling kaya.

Kekayaan beliau berjumlah AS$11.5 bilion, susut AS$1 bilion berbanding tahun lalu.

Jutawan berusia 90 tahun itu membangunkan empayar perniagaannya yang meliputi sektor kelapa sawit, perkapalan, media, hotel dan hartanah.

Orang kedua paling kaya ialah Ananda Krishnan yang mengekalkan kedudukan itu dengan asetnya bernilai AS$11.3 bilion, susut berbanding AS$11.7 bilion sebelumnya.

Tokoh perniagaan berusia 75 tahun itu memiliki perniagaan seperti syarikat telekomunikasi, televisyen berbayar dan penjanaan tenaga.

Ia diikuti Lim Kok Thay yang mengurus Genting Group yang dilengkapi resort dan kasino di Bahamas, London, Singapura, Malaysia, Manila dan New York.
Jumlah minimum untuk layak disenarai ialah AS$220 juta, meningkat berbanding AS$145 juta tahun lalu.

Berikut ialah senarai penuh 10 orang paling kaya di Malaysia:

1) Robert Kuok; AS$11.5 bilion
2) Ananda Krishnan; AS$11.3 bilion
3) Lim Kok Thay; AS$6.5 bilion
4) Quek Leng Chan; AS$6.4 bilion
5) Teh Hong Piow; AS$5.6 bilion
6) Lee Shin Cheng; AS$4.3 bilion
7) Syed Mokhtar AlBukhary; AS$3.1 bilion
8) Yeoh Tiong Lay; AS$2.7 bilion
9) Tiong Hiew King; AS$1.8 bilion
10) Vincent Tan; AS$1.6 bilion

- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment