Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

MANCHESTER – Ashley Young percaya perpindahan Juan Mata ke Manchester United kembali membawa kelab gergasi Inggeris itu ke tahap terbaik untuk bertemu dengan Stoke pada pertembungan esok.

Mata yang dibeli dari Chelsea dengan harga £37.1 juta (RM204.69 juta) awal bulan ini, membuat kemunculan sulungnya bersama United ketika menang 2-0 ke atas Cardiff, pada Selasa lalu.

Perlawanan sebelum ini menyaksikan Robin van Persie dan Wayne Rooney kembali daripada kecederaan, dan kedua-duanya dijangka beraksi dalam kesebelasan utama di Stadium Britannia, esok.

Ia bakal menyaksikan penyerang United itu akan berganding untuk kali kelapan dalam 24 perlawanan Liga Perdana musim ini.

Pemain sayap England, Young, akan bersaing dengan Adnan Januzaj, Antonio Valencia dan Danny Welbeck untuk merebut tempat dalam senarai pemain terakhir yang bakal diturunkan oleh pengurus David Moyes.

Pemain berusia 28 tahun itu menjaringkan gol kedua United ketika menentang Cardiff diikuti gol penyerang Van Persie pada minit keenam pada babak pertama perlawanan di Old Trafford, pada Selasa lalu. – AFP

0 comments:

Post a Comment