Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (tengah) bersama Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong bersama ahli MCA di majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider Nazir Sufari, 31 Januari, 2014.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian optimis menyokong MCA untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang walaupun sesetengah pemimpin Umno memikirkan sebaliknya.

Bekas presiden Umno itu juga menggesa supaya MCA diberi peluang untuk mewakili BN bagi menghadapi calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Bangkit semula, MCA sedang bangkit, berilah mereka peluang.

"Kita perlu bertanding, kita tidak biarkan kerusi itu begitu saja," kata Dr Mahathir ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Wisma MCA, Kuala Lumpur pagi ini.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin , berkata BN tidak perlu mengikut formula lama sekiranya mahu menang di kerusi yang dikosongkan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari PKR Lee Chin Cheh. - 31 Januari 2014.

0 comments:

Post a Comment