Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

KUCHING – Jurulatih Sarawak Robert Alberts mula dilanda keresahan menjelang perlawanan pusingan kedua Piala FA menentang Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selasa ini.

Bukan gentar berdepan dengan skuad Gergasi Merah itu tetapi lebih membimbangkan permukaan padang yang tidak rata di stadium berkenaan sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan jurulatih.

“Kebanyakan jurulatih mengadu tentang keadaan padang yang kurang memuaskan di stadium berkenaan dan saya juga turut bimbang kerana ia boleh mempengaruhi rentak permainan anak buah saya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata keadaan permukaan padang yang tidak rata boleh menyebabkan bola mudah melantun, sekali gus boleh menjejaskan pemain daripada memperagakan aksi dengan lebih baik.

Pada pusingan pertama Piala FA pada 21 Jan lepas, Sarawak mengalahkan Pulau Pinang 2-1 dan pasukan Bujang Senang itu turut mencipta kemenangan pertama dalam Liga Super dengan menewaskan Sime Darby 3-0, Sabtu lepas.

Jurulatih Belanda itu berkata dengan barisan lengkap dan keadaan padang yang baik, beliau yakin anak buahnya mampu mengatasi pasukan Selangor atau mana-mana pasukan dalam Liga Super.

Beliau turut gembira dengan kerasian jentera serangan yang didapati lebih berkesan dengan gandingan penyerang import Milorad Janjus dan pemain tempatan.

Selepas mendapati gandingan Milorad dan penyerang import Aliredza Abbasfard tidak berkesan dalam dua perlawanan pertama musim ini, Alberts merehatkan Aliredza pada perlawanan menentang Sime Darby.

Sarawak kalah 2-0 kepada ATM dalam aksi pembukaan, selain tumbang 0-1 kepada Kelantan dalam perlawanan di tempat sendiri.

“Walaupun pemain import kurang menyerlah tetapi gandingan terbaru ini lebih baik dan saya mengharapkan pemain import supaya lebih berpengaruh dalam pasukan,” katanya.

Selain Milorad dan Aliredza, Sarawak juga mempunyai penyerang import Muamer Salibasic yang masih belum pulih daripada kecederaan lutut dan pemain pertahanan Gabor Gyepes. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment