Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini membidas pembangkang yang memperolok-olokkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan isu kangkung sehingga mesej perdana menteri tenggelam dalam penghinaan itu.

Katanya pembangkang telah meremehkan perdana menteri melalui poster-poster menghina yang disebarkan melalui media sosial sehingga mesej sebenar Najib tidak sampai.

“Mereka tidak sepatutnya buat begitu, macam budak-budak, dia lupa bahawa kangkung itu untuk beritahu pada rakyat bahawa sayuran jenis itu paling murah, boleh ditanam di tepi sungai, longkang tetapi harga naik.

“Itulah mesej sebenar dan perdana menteri mahu menyampaikan bahawa sayur kangkung yang sepatutnya murah itu telah dimanipulasikan oleh golongan peniaga tamak sehingga sayuran jenis itu turut terkena tempias kenaikan harga,” katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional Peringkat Wilayah Persekutuan hari ini.

Tengku Adnan berkata sikap buruk pembangkang bukan sahaja mahu rakyat negara ini terkeliru tetapi sekarang berani bermain dengan api perkauman.

Beliau berkata pembangkang sentiasa mengelirukan rakyat kerana agenda utama mereka adalah untuk mewujudkan keadaan yang tidak stabil di dalam negara dan kemudiannya akan menyalahkan kerajaan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment