Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment
Kim Soo Hyun bakal muncul dalam sekual filem The Avengers.
PELAKON dari Korea Selatan iaitu Kim Soo Hyun dilaporkan bakal berlakon dalam filem sekual terbaharu The Avengers: Age of Ultron.

Alkpop.com melaporkan pihak penerbit sedang mencari pelakon dari Asia yang sesuai untuk memegang salah satu watak dalam filem arahan Joss Whedon itu dan Soo Hyun terpilih.

Dilaporkan serama 40 artis telah menghadiri sesi uji bakat yang diadakan pada penghujung tahun lalu.

Pemilihan Soo Hyun bukan sahaja kerana kecantikan dan kredibilitinya sebagai pelakon malah dia juga fasih berbahasa Inggeris dilihat akan memudahkan kerja-kerja penggambaran.

Sekual terbaharu itu bakal menjalani penggambaran di Gangnam, Seoul pada Februari depan dan Soo Hyun mendapat peranan antagonis dalam filem itu.

Bagaimanapun pihak Marvel Studio masih belum mengesahkan berita terbaharu itu.

0 comments:

Post a Comment